Jika Dia Bukan Untukku

Salam.. Jika dia bukan untukku..
Ya Allah...KAU jauhkanlah dia drpd ingatanku..drpd fikiranku..dan drpd hatiku..

Walaupun amat sakit untuk ku melakukan semua itu..
Namun, aku akan berusaha...Mungkin dia bukan untuk aku..Dia tak sesuai dengan aku..
Makin lama mengenalinya,makin ketara perbezaan antara kami...

Mungkin hari ini aku merasakan amat parah dan sedih untuk membuang perasaan yang dah lama bersemadi dalam hati ini..tapi, InsyaAllah suatu hari nanti aku akan bersyukur dengan apa yang terjadi..
Kerana aku yakin,setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..Aku kena yakin..

Aku kena lepaskan dia daripada hati aku walaupun masih ada rasa sayang..itu mesti dan perlu!

Ya Allah..
Bila dia bukan untukku
Bila dia bukan jodohku
Maka berilah ganti yang baik buatnya
Dan bantulah aku memperbaiki diriku

Ya Allah.. 
Bila ini bukan masanya
Bila ini belum saatnya
Jarakkan kami..
Pisahkan kami..
Agar kami jauh daripada dosa dan perkara sia-sia
Agar kami tak mengundang murka-Mu
Agar kami dapat lebih menjaga hati..

Dan 
Bila doaku di dengari..
Bila permintaanku KAU kabulkan
Bila masa menbina jarak yang memisahkan
Bila waktu membina tembok yang meregangkan
Bila kami semakin jauh..
Ingatkan aku doaku yang lalu..

Ya Allah..
Bila itu terjadi..
Yakinkan aku..
Bahawa doaku didengari..
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik untukku
hamba-Mu..

Ya Allah..
Bantulah aku menjalani hari..
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan..
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan
Agar dapat ku pujuk hati ini..
kerana hanya Engkau yang memahami dan mengetahui..

2 comments: