Macam Mana Nak Jadi Baik?

Dari tingkap bilik,ku merenung langit biru yang indah ciptaan Ilahi..Teringat  perbualan di antara aku dan dia..Sahabat dunia akhiratku..

Nora (bukan nama sebenar), macam mana nak jadi baik?

"Senang je la nak jadi baik..Sebelum HOW, WHAT is baik tu kena define dulu la.Soalan HOW kau tu at some point in life is common. Sebab fitrah manusia nak jadi baik. Baik ialah apabila kita buat semua yang Allah suruh, dan tinggalkan semua yang Allah larang. Easy to say but hard to practice"

Nor (bukan nama sebenar) mengangguk patuh. Nor menyuarakan pendapatnya kepada Nora.

"Yup.indeed. Susah sebenarnya. But aku ingat pesan seorang nie. Dia cakap, 'you will never reach perfection because there are always room for improvement. Yet, along the way to perfection, you will learn to get better"

Diam. Otak Nora mencerna apa yang di lontarkan dari bibir Nor yang tidak lekang dengan senyuman. Memang betul apa yang di katakan oleh Nor. Memangla nak mencapai kesempurnaan (jadi total baik) itu sesuatu yang mustahil. Tapi,kalau sentiasa usaha ke arah itu,tak ke berubah ke arah yang lebih sempurna?

"True. Apa yang kau cakap nie ada kaitan dengan Love Letter 2 ayat 208. Masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya. Sebab itu kena define baik betul2. Seorang yang solat tapi tak pakai tudung belum lagi baik. Seorang yang pakai tudung tapi pakai baju ketat, seksi belum lagi baik" Nora menambah apa yang di utarakan oleh Nor.

Nor mengangguk.Betul. Seorang yang solat tapi pakai seluar pendek main bola, dalam bilik tak jaga aurat, belum baik. Seorang yang selalu menzalimi, selalu menyakitkan hati orang belum baik. Seorang yangsuka mencarut and menyumpah belum lagi baik.

"Nora, thanks a lot. Sekarang aku lega sikit. kau pun tau history aku. Bukan senang nak berubah jadi baik. Syukran kerana selalu ingatkan aku."

"Takpe Nor.Take your time. Yang penting hati tu kena islah betul. Tonyoh guna Clorox, Dynamo, Daia and semua la. Tapi aku bangga kau dah berubah sampai tahap nie"

"Thank you Nora. Uhibbukifillah"

"Uhibbukifillah aidhon. Saya sayang kamu kerana Allah juga" ujar Nora sambil tersenyum..



Duhai Bakal Suamiku..



Pernah ada yang bertanya, " nor,kitak pun hantaran kelak mesti mahal kan?biasala pompuan kinek tok,,,paling jaik hantaran pun RM 10,000..betul sik?”

Ada juga yang bertanya, " siapa yang jadi bakal husband kitak kelak? Mesti kitak cari yang sama bidang kan? Doktor,medical assistant, lab technician or radiographer kan?"

Semua soalan tu ku sambut dengan senyuman sahaja…Senyum itu bukan tandanya aku mengiyakan atau mempersetujui semua yang mereka tanya or katakan..Senyum itu menunjukkan aku mengerti maksud mereka..Betapa stereotypingnya mereka menilai dirikudan wanita lain yang sama sepertiku..Aku ingin menjadi seorang muslimah solehah..

Namun, ketahuilah duhai bakal suami ku..

Cinta ku bukan untuk di ukur dengan nilai ringgit mu.. Bukan juga dengan nilai emas permatamu.. Yang aku perlukan cuma dirimu.. Yang ikhlas mencintai aku walau siapa pun diriku...

Aku tak pernah meletakkan harga di atas diriku untuk kau miliki sebagai penghias pelamin hidupmu...Malahan tidak jua di pihak ibu bapa ku.. Aku menyedari kekurangan diri.. Tidak selayaknya aku bergandingan dengan mu sebagai permaisuri jiwa dan dunia mu..

Tak perlu dikau menyuntingku dengan gunungan emas, kilauan permata, bukuan wang ringgit... Namun cukuplah sekadar sepasang telekung solat dan sejadah.. Yang bakal mengikat kita dengan lebih erat lagi.. Bukan untuk keduniaan semata, namun yang utama adalah akhirat sana... Bukan niat ku untuk menetapkan syaratnya sedangkan ku tahu mahar itu wajib namun berlandaskan kemampuanmu.. Walaupun dikau mampu untuk menyediakan aku istana, aku tetap memilih teratak usang yang dibina bersama.. Walaupun dikau mampu menyediakan aku puluhan dayang yang membantu, mohon ku padamu, izinkan aku berkhidmat kepadamu dengan tulang empat kerat ku..Walaupun dikau mampu menyediakan aku sebuah kehidupan mewah, aku tetap memilih sederhana bersamamu.. Maafkan aku andai aku menolak pemberianmu kelak.. Yang ku mahu cuma sebuah cinta mu yang ikhlas mencintai ku kerana cinta Nya.. Bukan kerana aku adalah aku yang kau puja..Kerana aku pasti akan meninggalkan mu di dunia.. Namun akan ku nantikan kau di 'sana'...

Wahai kekasih...

Penat sudah aku lalui kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan ini... Penat sudah aku jalani sebuah kehidupan yang berlandaskan kehendak fitrahku.. Sudikah dikau memimpin tanganku, untuk ku berjalan seiringan dengan mu menuju ke jalanNya, sayang? Gusar di hati mendesak daku meminta dikau menghadirkan diri sebagai yang halal buat ku.. adakah keterlaluan permintaan ku ini demi menghalalkan segala rasa di hati? Tak tertahan rindu yang mendesah.. Sayang yang terlimpah.. Kasih yang tercurah.. dan impian yang menggugah..


p/s: setiap individu mempunyai sifat yang berbeza.. :)

Qunut Nazilah

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah kita masih di berikan nafas sehingga hari ini...Alhamdulillah negara kita masih aman lagi..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur padaMu ya Allah..


Kita harus bersyukur kepada Allah kerana kita masih di beri peluang untuk terus hidup dan bertaubat kepada Allah...kembali ke jalan yang benar...



Sedih bila tengok TV..Sana sini berita orang meninggal..paling sedih bila tengok kanak2...Kita di sini tengah buat apa semasa mereka berperang kat sana??kita di sini buat apa semasa mempertaruhkan nyawa??Astaghfirullahalazim..Ampunkan aku ya Allah...













Apa yang kita buat untuk membantu mereka??kita memang jauh..tapi Allah dekat dengan mereka dan juga kita..jadi,kita berdoalah pada Allah untuk mereka dan slrh umat Islam...


Qunut Nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat di sunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman...


Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam peristiwa Bir Al-Ma'unah.

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال " سمع الله لمن حمده " من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه .
(Sunan Abu Daud)

Terjemahan :

Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah” dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.

Definisi

Qunut (قنوت) memilik banyak makna, namun dalam hal ini, yang dimaksud adalah berdoa kala berdiri dalam shalat.

Nazilah (نازلة) artinya: Bencana yang sangat berat. Jamaknya adalah nawazil (نوازل)
Maka, yang dimaksud Qunut Nazilah secara umum adalah doa yang dipanjatkan saat berdiri dalam shalat apabila terjadi bencana bencana besar yang menimpa kaum muslimin secara masal. Seperti adanya pihak yang memerangi kaum muslimin, kelaparan masal, wabah penyakit atau sebagainya.

Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Iaitu dalam bentuk memanjatkan doa kepada Allah Ta'ala. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslim.

Landasan Hukum

Banyak riwayat yang menunjukkan pelaksanaan qunut nazilah yang dilakukan Rasulullah SAW. Di antaranya diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiallahu anhu, dia berkata,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا يَلْعَنُ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَوُا اللَّهَ وَرَسُولَهُ

"Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan qunut selama sebulan. Beliau melaknat (suku) Ri'l, Dzakwan dan Ushayyah. Mereka telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya." (Muttafa alaih)

Latar belakangnya adalah karena suku-suku tersebut membunuh para shahabat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang dikirim untuk mengajarkan Islam kepada mereka atas permintaan mereka sebelumnya. Diriwayatkan pula bahwa beliau melakukan qunut ketika ada seorang shahabat ditawan kaum musyrikin.

Kedudukan

Qunut Nazilah sunah dilakukan apabila ada sebab-sebab yang melatabelakanginya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, "Qunut ini disunahkan ketika terjadi musibah besar. Pendapat ini merupakan pendapat ulama fiqih dari kalangan Ahli Hadits. Hal ini juga dinyatakan para Khulafa Rasyidin." (Majmu Fatawa, 23/108)

Tata Cara Qunut

Dari segi kandungan, maka isi dari qunut nazilah adalah mendoakan kaum muslimin yang tertimpa bencana agar diberikan pertolongan, keselamatan dan kesabaran. Sementara yang wafat semoga diberikan rahmat dan diterima amalnya serta diampuni dosanya.

Selain itu mendoakan kehancuran, turunnya azab dan laknat kepada musuh-musuh Islam. Tidak mengapa dalam hal ini menyebutkan nama-nama yang bersangkutan jika jelas dia telah berbuat jahat terhadap kaum muslimin.

Tidak selayaknya berdoa untuk kebaikan diri sendiri dalam Qunut Nazilah. Sebab qunut ini memang dikhususkan untuk mendoakan kebaikan bagi saudara-saudara muslim dan kehancuran bagi musuh-musuh Islam. Berbeda dalam qunut shalat witir yang dibolehkan untuk berdoa bagi kebaikan diri sendiri.

Dianjurkan tidak terlalu panjang dalam berdoa agar tidak memberatkan makmum yang memiliki berbagai keperluan. Ketika Anas bin Malik ditanya tentang apakah dalam shalat Shubuh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam melakukan qunut? Beliau berkata, "Ya, beliau qunut sebentar." (HR. Muslim). Hal tersebut juga tampak dari contoh doa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dengan redaksi yang pendek.

Disunahkan bagi imam mengeraskan bacaan qunut dan diaminkan oleh makmum seraya mengangkat kedua tangan, bahkan termasuk dalam shalat-shalat sirriyah (yang tidak dikeraskan bacaannya).

Ibnu Hajar berkata, "Yang tampak bagi saya tentang hikmah dijadikannya tempat qunut saat I'tidal, bukan saat sujud, padahal sujud adalah tempat terkabulnya doa dan terdapat dalil yang memerintahkan hal itu, karena yang diinginkan dari qunut nazilah adalah agar makmum ikut mengaminkan bersama imam. Karena itu, mereka (para ulama) sepakat (berpendapat) bahwa bacaannya dikeraskan." (Fathul Bari, 2/570)

Tidak ada redaksi khusus dalam qunut nazilah. Hendaknya disesuaikan dengan apa yang didoakan. Tidak membaca Allahummahdinii fiiman hadaiit, wa aafinii fiiman aafaiit….sebagaimana biasa dibaca dalam qunut shalat Witir.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah


DOA QUNUT NAZILAH DAN ERTINYA DALAM BAHASA MELAYU






Bersangka Baik



Cabaran Bersangka Baik (husnuzzhon)

Situasi 1:
Apabila anda ternampak seseorang membuang plastik sampah di dalam longkang, adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Situasi 2:
Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba memasuki rumah jiran anda. Adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Terlalu melampaukah analogi yang cuba diberi? Tetapi siapa tahu, orang dalam situasi 1 tidak berniat membuang plastik sampah merata, cuma tanpa disedari, plastiknya melayang diterbangkan angin ke dalam longkang. Dan siapa tahu, lelaki yang cuba memasuki rumah jiran anda hanyalah berniat untuk mengambil layang-layang anaknya yang diterbangkan masuk ke laman rumah jiran anda.

Saya tidak pandai beranalogi.

Cumanya, itu sekadar pendahuluan kepada apa yang cuba disampaikan. Cabarannya untuk bersangka baik. Kepada siapa? Bersangka baik kepada Allah dan juga sesama manusia.

Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..hebat!

Apa yang dikatakan bersangka baik kepada Allah?


Kisah Tembikai


Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri, suami, dan 3 biji tembikai.
Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.

Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang ketiga.

Jeng...Jeng...Jeng...

Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...
Dengan hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni... Siap kau!"

Dengan nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: "Dari petani la!"

Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"

Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"

Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"

Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."

Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang menciptakannya."

Suami: (Terdiam)

**Kita sering mencela makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.

Cabaran Bersangka Baik

Untuk bersangka baik terhadap sesuatu perkara bukan mudah. Adakalanya apabila ditimpa sesuatu ujian, kita cepat melatah. Marah menjadi perkara utama dan kadangkala tidak kena pada tempatnya.

Dalam menghadapi sesuatu perkara, hendaklah didahulukan bersangka baik (Husnuzzhon) kerana firman Allah dalam surah al-Hujuurat ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."

Ayat ini antaranya menceritakan perihal bersangka buruk yang boleh membawa kepada fitnah dan mengumpat. Susah untuk bersangka baik? Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mendahulukan bersangka baik ialah:

> membayangkan jika kita berada di tempat orang yang difitnah atau diumpat. Macam mana agaknya perasaan kita?
> beranggapan bahawa lebih baik melihat dosa dan kekurangan diri yang perlu diislahkan. Bagaimana la keadaan kita di akhirat kelak?

Daripada Muawiyah r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda":
"Jika kamu mencari keburukkan orang, maka kamu telah merosakkannya."

Hadis itu bermaksud memberitahu kita bahawa apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain, maka kita dengan tidak semena-mena akan terdorong untuk mencari keburukkan orang tersebut.

p/s: Muhasabah diri amat penting untuk kita menilai dan memperbaiki diri. Smoga ada manfaat yang boleh diambil dari post kali ini. Untuk pembaca dan diri saya sendiri. Saya bukan seorang yang sempurna, bukan seorang insan yang baik. Tapi saya seorang insan yang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.

ADA DUA NAMA DIDALAM HATIKU



Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Saat nama_MU telah terpatri di dalam hati..
Ada nama lain mencuba menyusup tuk jadi bahagian di sini..
Mencuba menjadi yang teristimewa dihati..
Perlahan nama itu ikut mendominasi..
Mengisi ruang hatiku setiap hari..
di saat sujudku..


Selalu ada nama_MU dan namanya di munajatku..di saat ku merindukan_MU,
Ada nama dia yang juga ku rindu..
Mencintai_MU sungguh itu keutamaanku..
Tapi ketika ku mencintai dia ..
Ku berharap izin dan restu dari_MU..

Saat ini,
Ketika rasa itu ada..
Ku mencintainya tanpa kata2..
Hanya ku rasakan dalam diam..
Biarlah aku dekat dengannya..
Seperti aku dekat dengan_MU..
Walau ku rasakan hanya dari kejauhan..
Ku ingin dia bisa menemani hari2ku..
Seperti Engkau yang selalu setia ada untukku..
Ku ingin berjalan bersamanya menapaki jalan hidup ini..
Seperti Engkau yang selalu menemani di setiap jejak langkahku..

Ya Robb,
Engkau telah beri rasa yang istimewa ini di dalam hatiku..
Biarlah rasa itu tumbuh dan terus tumbuh..
Walau rasa itu hanya ada seujung kuku..
Maafkan jika ku menduakan_MU..
Tapi, jika rasa itu belum pantas ada..
Biarlah kebersamaan ini ada..
Kerana tali silaturahim yang KAU cipta..
Hingga tiba waktunya KAU satukan hatiku dengan hatinya....







Aaamiiiinnn...

SIAPAKAH DIA YANG SEDANG KU TUNGGU SAAT INI



Bismillahirrahmanirrahim..


Siapakah dia? 


Yang bakal menjemputku menjadi surihatinya...


Yang bakal mengucup dahiku saat selesai akad perjanjian sehidup semati…


Yang bakal menjadi pemimpinku selepas terbinanya masjid nan teguh…


Yang bakal mendidikku menjadi hambaNya yang solehah…


Yang bakal menjadi imam ku ketika solat bersama…



Yang bakal sentiasa di sisi di masa suka dan duka ku menempuh kehidupan…




Yang bakal membuat diriku menjadi insan yang paling istimewa dalam hidupnya…




Yang bakal membawaku ke arah kehidupan yang penuh bermakna, tanpa sia-sia…




Yang bakal bersama ku untuk membina kehidupan sekeluarga yang bahagia…




Yang bakal menegur ku apabila aku khilaf dan alpa dengan keindahan dunia…




Yang bakal mengingatkan tentang keindahan syurga dan mengajakku gapai bersama…




Yang bakal bersabar dengan kerenah ku yang pelbagai, dan menerimaku seadaanya…




Yang bakal mencintai ku tanpa syarat, dan penuh keikhlasan…




Yang bakal memberi dorongan untuk ku menggapai impian…




Yang bakal aku layan bagaikan raja dan penuh keistimewaan…




Yang bakal ku beri kasih sayang tanpa berbelah bahagi…




Yang bakal menjadi abi kepada anak-anak ku yang bakal lahir…




Yang bakal bersama ku melalui kehidupan pada usia yang semakin lanjut…




Yang bakal memimpin tanganku tika berjalan walau rambut sudah beruban… =)

Bilakah si dia yang aku tunggu ini akan tiba…

Ya Allah…
Kau satukanlah aku dan si dia dengan segera kerana aku sudah mula rindukannya…




Sesungguhnya aku perlukan seseorang untuk memimpinku ke jalan yang penuh keredhaan…




Dan betapa aku mengharapkan kehadiran si dia supaya aku dapat menghentikan penantianku yang sekian lama…




Dan ku harap si dia yang telah Kau tetapkan untukku dapat membantuku untuk berhenti berharap dan melupakan seseorang yang bukan untukku…

Aamiin Allahumma Aamiin.......

Sahabat solehah


Alangkah bertuahnya  aku mempunyai sahabat solehah…

Yang  sentiasa mengingatkanku kepada-Nya…

Yang  selalu mengajakku untuk solat berjemaah pada setiap fardhu…

Tahajjud di pertengahan malam pada setiap hari…

Yang  mengajarku mengaji Al-Quran mengikut tajwid dan sebutan yang betul…



Alangkah bertuahnya  aku mempunyai sahabat solehah…

Yang  memberiku usrah indirectly setiap hari…

Yang  mengajakku untuk menjadi seperti mereka dengan tatacara yang menyenangkan…

Yang  sentiasa mengajakku melakukan ibadah pada jalan-Nya…


Sahabat solehah yang akan memberiku nasihat agar sentiasa ingat pada-Nya..

Kerana sesungguhnya aku manusia mudah alpa…




Ya Allah..aku memohon semoga aku dapat menjadi salah seorang sahabat solehah untuk mereka dan dapat sentiasa bersama dengan mereka…

Yang akan menjadi ‘medium’ agar sentiasa dekat dengan-Mu juga meraih rasa cinta kepada-Mu…

Aminn…

Muhasabah Diri

Berpacaran sangat dekat dengan dosa.

Berbual manja-manja dosa.

Pegang dosa.

Pegang lama-lama dosa.

Pandang dengan syahwat dosa.

Keluar berdua-duaan dosa.

Tidur besama lagilah dosa.

Pernikahan sangat dekat dengan pahala.

Berbual manja-manja pahala.

Pegang-pegang menggugurkan dosa.

Pandang lama-lama pahala.

Pandang dengan syahwat pahala.

Keluar berdua-duaan pahala.

Tidur bersama lagilah berpahala.

Masa Silam


Masa silamku mengajar aku bertatih melawan godaan,
Masa silamku membuat aku kenal diri ini,
Masa silamku membuat aku kenal erti sahabat, teman dan lawan,
Masa silamku menjadiikan aku cukup dewasa tika ini,
Masa silamku adalah guru terbaikku.

Masa silam adalah tempat paling jauh bagi manusia,
Kau,aku dan kita semua bukan semulia junjungan besar yang maksum dari dosa,
Pasti pernah tercalit calar hitam di masa silam nan lalu.





Natural Beauty

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kerajinan kepada jejariku yang manis lagi comel ini untuk menari mengalunkan lagu di alam maya..pergh~~ gila puitis bahasa...

Aku mempunyai satu habit yang agak normal bg setiap insan di dunia ini..Aku suka tengok benda yang cantik..x kire la apa..asalkan cantik,aku mesti suka punyer..Same goes with person especially girl or women.  I'm not lesbian ok..I'm just normal girl yg suka tgk org2 yg cantik..I love to see girl yg alim, beautiful, gorgeous,ayu, cute,comel and etc. To make it simple I love to see a girl or women yg NATURAL BEAUTY. Dats mean, aku suka tgk girl yg tanpa make up but sgt2 cantik. Walaupun tanpa secalit make up mereka still cantik..If dorang guna make up pun,mst yg natural jer.Bertambah-tambah la cantik dorang if gne make up (Nie pndpt aku ok!)...Dats what we call natural beauty. Naturally beauty without make up.. Not only that, natural beauty come from a good heart. Bg aku, akhlak mencerminkan peribadi and kecantikan. If baik la akhlak seseorang tu, makin cantik la dia..



For example, aku ade seorang senior yang sangat2 cantik.Senior medic final year. Die da kawen bulan Mei lepas. Trust me..die sgt2 cantik..sgt2 natural beauty. tanpa make up her face sgt2 beautiful and bercahaya gitew..hehehe..betul..dia mkin cantik sbb bibir dia tak lekang dgn senyuman..dia sgt2 murah dgn senyuman..wpun xde la rpt sgt dgn die tp die sgt2 peramah n sgt cepat mesra dgn org..dats make me sgt2 comfortable when i'm talking or chatting with  her.Senyuman itu mang sedekah..Tgk, dengan senyuman jer dah wat org tu cantik.apatah lg lau org tu memang cantik mcm Kak Zira..Love u akak..Semoga sentiasa bahagia bersama suami tercinta and mendapat anak2 yg comel + soleh n solehah gitew..


Gmbr akak time akad nikah x silap


natural beauty kan


sgt2 cantik


sgt suci gitew..


Mcm lisa


cute


Love this


kakak sgt cntik


comel sgt


Ade org ckp muke kak zira nie mcm Lisa Surihani..Yup,it's true..muke die ada iras2 Lisa gitew..Terutama bila die senyum..mang sebijik mcm senyum Lisa..Aku peminat no 1 Lisa Surihani taw.hehehehe..so percaya la apa yg aku ckp nih..hehehe.....x dpt jumpe Lisa,jmpe KakZira pun ok gak..kak Zira pun natural beauty mcm Lisa gak but Ka Zira lebih lagi la (Dats not mean aku ckp Lisa x cantik taw..Lisa tetap cantik cuma Kak Zira cantik lebih )..hehehe....nak taw nape kak Zira lebih lg dri Lisa???It is bcoz my kak Hazira nie sgt2 muslimah,isteri solehah and insyaAllah bakal menjadi bidadari Syurga..InsyaAllah bakal menjadi ibu mithali..Amin..

Gorgeous bride- Hazira Zulkafli


Gorgeous bride- Lisa Surihani


Lisa Surihani cantik


Natural beauty of Lisa Surihani


Penat da mengampu kak Zira neh..hehehe..nak hadiah boley?hahahha..xde la kak..Akak, i juz wan to let u noe.. I love u soo much wpun kta xde la pernah borak lme2 face to face,x pernah kuar jln sme2 and semua nye xde. Sy plg ingt conversation kta time solat hajat perdana dulu..At that time, aftr solat,sy minta maaf dgn akak and akak pun same and then we hug each other. Wpun x de la rpt sgt, but ikatan ukhwah aqidah kta tetap terasa kuat..Sayang kakak lebeyh.. Will miss u..jgn lupe kite taw if akak da grade and da jdi doktor nt..Akak,semoga berbahagia dunia akhirat. Pray for me too.. take care akak.

p/s: Will miss u akak Hazira.Semoga ikatan ukhwah aqidah kita berkekalan..Amin ya Rabbal Alamin.


Part 1: Year 3 (Sem 5)


Assalamualaikum w.b.t…Firstly, salam Ramadhan Al-Mubarak.It’s still not too late kan?Better late than never ma.. J Alhamdulillah,finish year 3 already..Pejam celik pejam celik..kejap je msa berlalu pergi meninggalkan diri ini..betul la org ckp slma nie..

                “ Time is like the wind,it lifts the light and leaves the heavy”

Mcm tpu je semua nie. Now, I’m already 23 years old and next semester I will become final year student.Betul ke nie?ngeee J Mst la btul..xkan tpu plak..or it's only my imagination?hahahaha..see..misi merapu lg..



Jauh gler beza. semua gmbr itu..huhuhu
Direct to the point,let me share my experience what I had been through before this..There were too much stories that I want to share. Let me share the significant event happen to me ok J

When u are year 3 nursing students, u should remember  that your responsibility increase. Not only u become a super senior, and u can bully junior..No,that’s not it. You need to put much effort in your study because the more senior u are, the more knowledge or information u must gain to apply in clinical setting. Truly, my experienced as a nursing year 3 student was so tough and difficult. The main reason  was I had another commitment, I had to pegang  jawatan as Timbalan Pengerusi 1 JPK sesi 2012/2013. Seriusly, I sgup pgg jwtn nie rela dalam paksa.Very2 difficult. I need to divide my time to study, meeting, assignment and etc. Alhamdulillah.. Misi boleh lalui semua cbrn nie dgn tabah. Sometimes, I cried if i’m too tired..At this time, every second and every minute is very PRECIOUS and GOLDEN to me. J Nie la hikmah dia..aku belajar menghargai masa.

Attachment  kat hospital yg plg best sepanjang year 3 was at Accident and Emergency (A&E) Department. U know y?because, here u never sedar wktu lunch da smpai coz masa berlalu dgn pantas. U turn right or left, jam da menunjukkanjam 12.yeay!waktu lunch J Normal  la for students like us. The routine at A&E were insert brannula,venipuncture, vital signs (rsa nk termuntah da buat *poyo* bajet senior la nie..hahahha..dear juniors,dun follow me ok.kakak nakal sket..tu yg malas kdg2 J ), wat ECG,bawak pt g check x-ray and etc. Kat cnie mang sgt2 sbuk coz patient in and out mcm kat shopping mall..thats y smpai misi nie x sedar msa berlalu. That is the main reason y I LOVE A&E sooo much.. My second reason y I LOVE A&E so much because it hv aircond!sejuk sgt..best.. x rsa penat lgsg although I x smpat nak duduk..x caye??!seriusly,tny senior len..hehehhehe..I hope,once I graduated soon, I’ll be able to work at A&E department with kak chen yg comel J hehhehe..WE LOVE A&E so much!

Next, attachment at Radio Therapy Unit (RTU)..a bit boring coz I had to do general basic procedures and we cannot do invasive procedure because all the patients at RTU ward were cancer patient. So, we need to handle them with care and not cincai2 lorh..Biasala students, budak bru blajar.byk yg x pndai n kena blajar.. Therefore, we byk observe procedure je kat cnie..J it’s a learning process my dear. Then, we attach to High Dependent Unit (HDU) at Male Medical Ward. Seriously, soo many things I had learnt at here from our beloved CI. FYI, HDU is a placed for patient yg memang dah terok and kritikal. Mang nervous tahap gaban gler 1st time attach kat cnie. Takut sgt coz commitment very high and “PATIENT’S LIFE IN OUR HAND”..ye btul..Maut mang di tangan Allah but if we did not treat and care for patient properly, he might died.Alhamdulillah xde patient yg died because of our clumsy behaviour. I learnt to bcme more FAST, PROACTIVE, and my SKILL improve here. Mang perlu critical thinking hbs when attach here. Sgt2 mencabar..Inilah yg best. X best ar lau hdup xde thrill kan? J

To be cont..

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

  1. Melukis kekuatan melalui masalah.
  2. Tersenyum saat tertekan.
  3. Tertawa saat hati sedang menangis.
  4. Tabah di saat terhina.
  5. Mempersona kerana memaafkan.
  6. Mengasihi tanpa balasan.
  7. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.
Ya Allah, walaupun aku tidak cantik di mata manusia, cukuplah sekadar cantik di hadapanMU.

Perubahan itu tidak mudah,maka berusahala :)


"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (al-Ra'd:11)

Meminta Maaf,Memaafkan dan Melupakan

Entry nie mcm simple je..Tapi perkara ini adalah yg slalu berlaku dalam khidupan kita seharian. Tak kira kita meminta maaf atau memaafkan orang. Kata maaf itu melambangkan penyesalan kita terhadap apa yang telah kita lakukan.

Meminta maaf

Lazimnya bila kita melakukan kesalahan,kita sepatutnya meminta maaf x kira kesalahan tu kecil or besar.Tetapi,mudah ke orang nak meminta maaf?x yah cri jauh2..tgk dri sndri..senang ke nak minta maaf bila dah buat kesalahan?for me,it is difficult u know..sebab ssh sgt nak minta maaf bg aq sebab aq MALU n TAKUT Click Me~ ..huhu. Unfortunately, if someone yang ego tinggi, jangan mimpi la dia nak minta maaf wlpun dia taw tu kesalahan dia. Tapi, ada juga orang yg mudah meminta maaf even dia rasa n taw bkn dia yg salah.Sikap tu kita kena puji dan harus ada dalam hidup kita.

Kadang kala benda simple pun boleh jadi isu maaf memaaf nie.Contohnya bila kita terlanggar orang secara tak sengaja. Terutama bila kita tengah kejar masa Click Me~, org plak ramai. Kalau kita minta maaf cepat2 confirm org tu x jd i nak mrh n mst dia akan senyum je Click Me~...Kalau lelaki terlanggar perempuan boleh jdi tu jodoh mereka gak kan? Click Me~

Tapi, if kita tak minta maaf, silap2 boleh dapat maki hamun Click Me~ orang yang kena langgar tu. Kalau x pun,smpai bila2 org tu akan ingat. Entah2 jadi perbualan hangat kat opis kak bedah..hehehhe..

Itu hanya perkara kecil,pun boleh jadi besar and berat if kita tak meminta maaf.Bagaimana kalau perkara tu perkara berat?boleh jadi dendam taw..





Memaafkan


Tahu x memaafkan tu salah satu cara mengurangkan stress Click Me~..Seriusly benar belaka...Dah try dah. My fren ada gtaw,dia pernah attend satu ceramah. Penceramah tu yg gtaw yg stress tu boleh mengurangkan stress..Mang btul la pa dia ckp tu..Mang x tpu..Cuba korang buat gak..mesti rsa mcm pa aq rs... Penceramah tu ada jgak ajar cara-cara memaafkan orang seikhlas hati. Bila aq cuba je cr yg dia ajar,mmg terasa sgt smpai menitik air mata.. (nie utk org emo mcm aq la ) Click Me~

Nie cara2 nya..terpulang la korang nak doa senyap2 or smbil berckp..terpulang pada keikhlasan hati anda okeyh..

"Ya Allah, saya memaafkan (nama orang yg difikirkan) kerana Allah Ta'ala.Saya maafkan setiap apa yang dia telah  lakukan kepada saya selama ini dengan seikhlas hati saya.. Saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Ta'ala (ulang 3 kali)"


InsyaAllah akan jadi tenang lepas tu.





Memaafkan dan melupakan


Tapi mudah ke orang  nak memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan perkara tu seikhlas hati? Click Me~ Lagi2 kalau kesalahan tu agak berat. Maksudnya melupakan terus hal tu tanpa di ingat lagi.

Tapi yang sering berlaku,walaupun mulut kita kata kita memaafkan orang tu, tapi kita mesti akan ingat perkara tu. Lagi2 kalau perkara tu melukakan hati kita.Yang memberi kesan mendalam dalam diri. Perkara tu boleh menjadi ungkitan di kemudian hari even maaf telah di berikan. Ada kan benda mcm tu sbb aq sendiri pernah alami bnd tu..huhuhuhu.. X boleh nak tpu la.Kita bknla nak menanam dendam dlm dri kita, cuma itu mcm menjadi bnd yg akan kita akan kenang smpai bila2. Tak boleh and sukar untuk di lupakan.

Sangat ssh nak cari org yg boleh lupakan perkara yang menyakitkan dalam diri dia mcm tu je. Kalau kesalahan tu melibatkan duit,lagi ssh org nak lupakan.Kan?Ternyata tidak mudah untuk menanamkan sikap ikhlas dalam dri untuk memaafkan orang lain.

"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari  bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNYA 'Al-Afuwwu' Maha Pemaaf.Maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"


p/s: tetapi untuk kesalahan yang berulang kali,mudah ke untuk kita memaafkan? Click Me~
Susahkan untuk menilai hati, walaupun hati kita sendiri ...