Duhai Bakal Suamiku..



Pernah ada yang bertanya, " nor,kitak pun hantaran kelak mesti mahal kan?biasala pompuan kinek tok,,,paling jaik hantaran pun RM 10,000..betul sik?”

Ada juga yang bertanya, " siapa yang jadi bakal husband kitak kelak? Mesti kitak cari yang sama bidang kan? Doktor,medical assistant, lab technician or radiographer kan?"

Semua soalan tu ku sambut dengan senyuman sahaja…Senyum itu bukan tandanya aku mengiyakan atau mempersetujui semua yang mereka tanya or katakan..Senyum itu menunjukkan aku mengerti maksud mereka..Betapa stereotypingnya mereka menilai dirikudan wanita lain yang sama sepertiku..Aku ingin menjadi seorang muslimah solehah..

Namun, ketahuilah duhai bakal suami ku..

Cinta ku bukan untuk di ukur dengan nilai ringgit mu.. Bukan juga dengan nilai emas permatamu.. Yang aku perlukan cuma dirimu.. Yang ikhlas mencintai aku walau siapa pun diriku...

Aku tak pernah meletakkan harga di atas diriku untuk kau miliki sebagai penghias pelamin hidupmu...Malahan tidak jua di pihak ibu bapa ku.. Aku menyedari kekurangan diri.. Tidak selayaknya aku bergandingan dengan mu sebagai permaisuri jiwa dan dunia mu..

Tak perlu dikau menyuntingku dengan gunungan emas, kilauan permata, bukuan wang ringgit... Namun cukuplah sekadar sepasang telekung solat dan sejadah.. Yang bakal mengikat kita dengan lebih erat lagi.. Bukan untuk keduniaan semata, namun yang utama adalah akhirat sana... Bukan niat ku untuk menetapkan syaratnya sedangkan ku tahu mahar itu wajib namun berlandaskan kemampuanmu.. Walaupun dikau mampu untuk menyediakan aku istana, aku tetap memilih teratak usang yang dibina bersama.. Walaupun dikau mampu menyediakan aku puluhan dayang yang membantu, mohon ku padamu, izinkan aku berkhidmat kepadamu dengan tulang empat kerat ku..Walaupun dikau mampu menyediakan aku sebuah kehidupan mewah, aku tetap memilih sederhana bersamamu.. Maafkan aku andai aku menolak pemberianmu kelak.. Yang ku mahu cuma sebuah cinta mu yang ikhlas mencintai ku kerana cinta Nya.. Bukan kerana aku adalah aku yang kau puja..Kerana aku pasti akan meninggalkan mu di dunia.. Namun akan ku nantikan kau di 'sana'...

Wahai kekasih...

Penat sudah aku lalui kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan ini... Penat sudah aku jalani sebuah kehidupan yang berlandaskan kehendak fitrahku.. Sudikah dikau memimpin tanganku, untuk ku berjalan seiringan dengan mu menuju ke jalanNya, sayang? Gusar di hati mendesak daku meminta dikau menghadirkan diri sebagai yang halal buat ku.. adakah keterlaluan permintaan ku ini demi menghalalkan segala rasa di hati? Tak tertahan rindu yang mendesah.. Sayang yang terlimpah.. Kasih yang tercurah.. dan impian yang menggugah..


p/s: setiap individu mempunyai sifat yang berbeza.. :)

Qunut Nazilah

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah kita masih di berikan nafas sehingga hari ini...Alhamdulillah negara kita masih aman lagi..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur padaMu ya Allah..


Kita harus bersyukur kepada Allah kerana kita masih di beri peluang untuk terus hidup dan bertaubat kepada Allah...kembali ke jalan yang benar...



Sedih bila tengok TV..Sana sini berita orang meninggal..paling sedih bila tengok kanak2...Kita di sini tengah buat apa semasa mereka berperang kat sana??kita di sini buat apa semasa mempertaruhkan nyawa??Astaghfirullahalazim..Ampunkan aku ya Allah...













Apa yang kita buat untuk membantu mereka??kita memang jauh..tapi Allah dekat dengan mereka dan juga kita..jadi,kita berdoalah pada Allah untuk mereka dan slrh umat Islam...


Qunut Nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat di sunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman...


Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam peristiwa Bir Al-Ma'unah.

Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال " سمع الله لمن حمده " من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه .
(Sunan Abu Daud)

Terjemahan :

Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah” dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.

Definisi

Qunut (قنوت) memilik banyak makna, namun dalam hal ini, yang dimaksud adalah berdoa kala berdiri dalam shalat.

Nazilah (نازلة) artinya: Bencana yang sangat berat. Jamaknya adalah nawazil (نوازل)
Maka, yang dimaksud Qunut Nazilah secara umum adalah doa yang dipanjatkan saat berdiri dalam shalat apabila terjadi bencana bencana besar yang menimpa kaum muslimin secara masal. Seperti adanya pihak yang memerangi kaum muslimin, kelaparan masal, wabah penyakit atau sebagainya.

Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Iaitu dalam bentuk memanjatkan doa kepada Allah Ta'ala. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslim.

Landasan Hukum

Banyak riwayat yang menunjukkan pelaksanaan qunut nazilah yang dilakukan Rasulullah SAW. Di antaranya diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiallahu anhu, dia berkata,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا يَلْعَنُ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَوُا اللَّهَ وَرَسُولَهُ

"Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan qunut selama sebulan. Beliau melaknat (suku) Ri'l, Dzakwan dan Ushayyah. Mereka telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya." (Muttafa alaih)

Latar belakangnya adalah karena suku-suku tersebut membunuh para shahabat Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang dikirim untuk mengajarkan Islam kepada mereka atas permintaan mereka sebelumnya. Diriwayatkan pula bahwa beliau melakukan qunut ketika ada seorang shahabat ditawan kaum musyrikin.

Kedudukan

Qunut Nazilah sunah dilakukan apabila ada sebab-sebab yang melatabelakanginya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, "Qunut ini disunahkan ketika terjadi musibah besar. Pendapat ini merupakan pendapat ulama fiqih dari kalangan Ahli Hadits. Hal ini juga dinyatakan para Khulafa Rasyidin." (Majmu Fatawa, 23/108)

Tata Cara Qunut

Dari segi kandungan, maka isi dari qunut nazilah adalah mendoakan kaum muslimin yang tertimpa bencana agar diberikan pertolongan, keselamatan dan kesabaran. Sementara yang wafat semoga diberikan rahmat dan diterima amalnya serta diampuni dosanya.

Selain itu mendoakan kehancuran, turunnya azab dan laknat kepada musuh-musuh Islam. Tidak mengapa dalam hal ini menyebutkan nama-nama yang bersangkutan jika jelas dia telah berbuat jahat terhadap kaum muslimin.

Tidak selayaknya berdoa untuk kebaikan diri sendiri dalam Qunut Nazilah. Sebab qunut ini memang dikhususkan untuk mendoakan kebaikan bagi saudara-saudara muslim dan kehancuran bagi musuh-musuh Islam. Berbeda dalam qunut shalat witir yang dibolehkan untuk berdoa bagi kebaikan diri sendiri.

Dianjurkan tidak terlalu panjang dalam berdoa agar tidak memberatkan makmum yang memiliki berbagai keperluan. Ketika Anas bin Malik ditanya tentang apakah dalam shalat Shubuh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam melakukan qunut? Beliau berkata, "Ya, beliau qunut sebentar." (HR. Muslim). Hal tersebut juga tampak dari contoh doa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dengan redaksi yang pendek.

Disunahkan bagi imam mengeraskan bacaan qunut dan diaminkan oleh makmum seraya mengangkat kedua tangan, bahkan termasuk dalam shalat-shalat sirriyah (yang tidak dikeraskan bacaannya).

Ibnu Hajar berkata, "Yang tampak bagi saya tentang hikmah dijadikannya tempat qunut saat I'tidal, bukan saat sujud, padahal sujud adalah tempat terkabulnya doa dan terdapat dalil yang memerintahkan hal itu, karena yang diinginkan dari qunut nazilah adalah agar makmum ikut mengaminkan bersama imam. Karena itu, mereka (para ulama) sepakat (berpendapat) bahwa bacaannya dikeraskan." (Fathul Bari, 2/570)

Tidak ada redaksi khusus dalam qunut nazilah. Hendaknya disesuaikan dengan apa yang didoakan. Tidak membaca Allahummahdinii fiiman hadaiit, wa aafinii fiiman aafaiit….sebagaimana biasa dibaca dalam qunut shalat Witir.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah


DOA QUNUT NAZILAH DAN ERTINYA DALAM BAHASA MELAYU






Bersangka Baik



Cabaran Bersangka Baik (husnuzzhon)

Situasi 1:
Apabila anda ternampak seseorang membuang plastik sampah di dalam longkang, adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Situasi 2:
Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba memasuki rumah jiran anda. Adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak

Terlalu melampaukah analogi yang cuba diberi? Tetapi siapa tahu, orang dalam situasi 1 tidak berniat membuang plastik sampah merata, cuma tanpa disedari, plastiknya melayang diterbangkan angin ke dalam longkang. Dan siapa tahu, lelaki yang cuba memasuki rumah jiran anda hanyalah berniat untuk mengambil layang-layang anaknya yang diterbangkan masuk ke laman rumah jiran anda.

Saya tidak pandai beranalogi.

Cumanya, itu sekadar pendahuluan kepada apa yang cuba disampaikan. Cabarannya untuk bersangka baik. Kepada siapa? Bersangka baik kepada Allah dan juga sesama manusia.

Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..hebat!

Apa yang dikatakan bersangka baik kepada Allah?


Kisah Tembikai


Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri, suami, dan 3 biji tembikai.
Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.

Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang ketiga.

Jeng...Jeng...Jeng...

Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...
Dengan hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni... Siap kau!"

Dengan nada selamber tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: "Dari petani la!"

Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"

Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"

Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"

Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."

Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang menciptakannya."

Suami: (Terdiam)

**Kita sering mencela makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.

Cabaran Bersangka Baik

Untuk bersangka baik terhadap sesuatu perkara bukan mudah. Adakalanya apabila ditimpa sesuatu ujian, kita cepat melatah. Marah menjadi perkara utama dan kadangkala tidak kena pada tempatnya.

Dalam menghadapi sesuatu perkara, hendaklah didahulukan bersangka baik (Husnuzzhon) kerana firman Allah dalam surah al-Hujuurat ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."

Ayat ini antaranya menceritakan perihal bersangka buruk yang boleh membawa kepada fitnah dan mengumpat. Susah untuk bersangka baik? Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mendahulukan bersangka baik ialah:

> membayangkan jika kita berada di tempat orang yang difitnah atau diumpat. Macam mana agaknya perasaan kita?
> beranggapan bahawa lebih baik melihat dosa dan kekurangan diri yang perlu diislahkan. Bagaimana la keadaan kita di akhirat kelak?

Daripada Muawiyah r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda":
"Jika kamu mencari keburukkan orang, maka kamu telah merosakkannya."

Hadis itu bermaksud memberitahu kita bahawa apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain, maka kita dengan tidak semena-mena akan terdorong untuk mencari keburukkan orang tersebut.

p/s: Muhasabah diri amat penting untuk kita menilai dan memperbaiki diri. Smoga ada manfaat yang boleh diambil dari post kali ini. Untuk pembaca dan diri saya sendiri. Saya bukan seorang yang sempurna, bukan seorang insan yang baik. Tapi saya seorang insan yang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.