Macam Mana Nak Jadi Baik?

Dari tingkap bilik,ku merenung langit biru yang indah ciptaan Ilahi..Teringat  perbualan di antara aku dan dia..Sahabat dunia akhiratku..

Nora (bukan nama sebenar), macam mana nak jadi baik?

"Senang je la nak jadi baik..Sebelum HOW, WHAT is baik tu kena define dulu la.Soalan HOW kau tu at some point in life is common. Sebab fitrah manusia nak jadi baik. Baik ialah apabila kita buat semua yang Allah suruh, dan tinggalkan semua yang Allah larang. Easy to say but hard to practice"

Nor (bukan nama sebenar) mengangguk patuh. Nor menyuarakan pendapatnya kepada Nora.

"Yup.indeed. Susah sebenarnya. But aku ingat pesan seorang nie. Dia cakap, 'you will never reach perfection because there are always room for improvement. Yet, along the way to perfection, you will learn to get better"

Diam. Otak Nora mencerna apa yang di lontarkan dari bibir Nor yang tidak lekang dengan senyuman. Memang betul apa yang di katakan oleh Nor. Memangla nak mencapai kesempurnaan (jadi total baik) itu sesuatu yang mustahil. Tapi,kalau sentiasa usaha ke arah itu,tak ke berubah ke arah yang lebih sempurna?

"True. Apa yang kau cakap nie ada kaitan dengan Love Letter 2 ayat 208. Masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya. Sebab itu kena define baik betul2. Seorang yang solat tapi tak pakai tudung belum lagi baik. Seorang yang pakai tudung tapi pakai baju ketat, seksi belum lagi baik" Nora menambah apa yang di utarakan oleh Nor.

Nor mengangguk.Betul. Seorang yang solat tapi pakai seluar pendek main bola, dalam bilik tak jaga aurat, belum baik. Seorang yang selalu menzalimi, selalu menyakitkan hati orang belum baik. Seorang yangsuka mencarut and menyumpah belum lagi baik.

"Nora, thanks a lot. Sekarang aku lega sikit. kau pun tau history aku. Bukan senang nak berubah jadi baik. Syukran kerana selalu ingatkan aku."

"Takpe Nor.Take your time. Yang penting hati tu kena islah betul. Tonyoh guna Clorox, Dynamo, Daia and semua la. Tapi aku bangga kau dah berubah sampai tahap nie"

"Thank you Nora. Uhibbukifillah"

"Uhibbukifillah aidhon. Saya sayang kamu kerana Allah juga" ujar Nora sambil tersenyum..