Self Reminder

Semoga sentiasa ingat reminder yg di update untuk diri pada tahun 2013 nie..

Dear Hidayah,

Setahun yang terasa lama,
Hanya kerana sebulan dua yang menimbulkan banyak duka?

Jangan tak adil dalam penilaian kamu.
Mana yang lebih banyak?
Duka atau tawa?
Suka atau derita?
Rahmat atau Ujian?
Kasih Sayang-NYA atau Murka-NYA yang selalu lebih mendahului?


Kalau pun memang duka yang lebih berbekas,
jangan pernah terlupa ada juga tawa dan bahagia..

Walau tak lama,
Bahagia mungkin tak terlalu berbekas kerana kita tak menyimpan perasaan bahagia itu seperti mana kita mengengam erat dan mengenang rasa duka..

Kita tak ingat akan senyum ketawa,
kerana kita lebih senang larut dalam duka dan air mata,
mengingat dan terus mengingat tentang kecewa,
berbanding duduk mengenang dan bersyukur,
atas banyak perkara yang masih kita miliki,
dan hal-hal yang membuat kita tersenyum, hatta dalam terpaksa.


No comments:

Post a Comment