Cabaran Bersangka Baik (husnuzzhon)
Situasi 1:
Apabila anda ternampak seseorang membuang plastik
sampah di dalam longkang, adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak
Situasi 2:
Seorang lelaki yang tidak dikenali cuba memasuki
rumah jiran anda. Adakah anda akan bersangka baik dengannya? - tidak
Terlalu melampaukah analogi yang cuba diberi? Tetapi
siapa tahu, orang dalam situasi 1 tidak berniat membuang plastik sampah merata,
cuma tanpa disedari, plastiknya melayang diterbangkan angin ke dalam longkang.
Dan siapa tahu, lelaki yang cuba memasuki rumah jiran anda hanyalah berniat
untuk mengambil layang-layang anaknya yang diterbangkan masuk ke laman rumah
jiran anda.
Saya tidak pandai beranalogi.
Cumanya, itu sekadar pendahuluan kepada apa yang cuba
disampaikan. Cabarannya untuk bersangka baik. Kepada siapa? Bersangka baik
kepada Allah dan juga sesama manusia.
Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah
as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau
ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan
orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun
hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..hebat!
Apa yang dikatakan bersangka baik kepada Allah?
Kisah Tembikai
Saya nak ceritakan satu kisah antara si isteri,
suami, dan 3 biji tembikai.
Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa
3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera
menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu
tidak manis.
Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai
kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang
dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang
ketiga.
Jeng...Jeng...Jeng...
Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...
Dengan hati yang membara, si suami terus menendang
dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?!
Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene
apek ni... Siap kau!"
Dengan nada selamber tapi sopan, si isteri berkata,
"Abang...Abang marah kat siapa ni?"
"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah
kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.
"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut
si isterinya lagi.
Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami
berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke? Bila masa
pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"
Sambil tersenyum si isteri menjawab,
"Abang...mana apek tu dapat tembikai?"
Suami: "Dari petani la!"
Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai
pulak bang?"
Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak
bagitau."
Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"
Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan
benih jagung!"
Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni).
"Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"
Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."
Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah
yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan
petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana
Dia yang menciptakannya."
Suami: (Terdiam)
**Kita sering mencela makanan yang kita dapati,
ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari
mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering
terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah
jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah
cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.
Cabaran Bersangka Baik
Untuk bersangka baik terhadap sesuatu perkara bukan
mudah. Adakalanya apabila ditimpa sesuatu ujian, kita cepat melatah. Marah
menjadi perkara utama dan kadangkala tidak kena pada tempatnya.
Dalam menghadapi sesuatu perkara, hendaklah
didahulukan bersangka baik (Husnuzzhon) kerana firman Allah dalam surah
al-Hujuurat ayat 12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan
janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."
Ayat ini antaranya menceritakan perihal bersangka
buruk yang boleh membawa kepada fitnah dan mengumpat. Susah untuk bersangka
baik? Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mendahulukan bersangka baik
ialah:
> membayangkan jika kita berada di tempat orang
yang difitnah atau diumpat. Macam mana agaknya perasaan kita?
> beranggapan bahawa lebih baik melihat dosa dan
kekurangan diri yang perlu diislahkan. Bagaimana la keadaan kita di akhirat
kelak?
Daripada Muawiyah r.a berkata: "Aku mendengar
Rasulullah bersabda":
"Jika kamu mencari keburukkan orang, maka kamu
telah merosakkannya."
Hadis itu bermaksud memberitahu kita bahawa apabila
kita bersangka buruk terhadap orang lain, maka kita dengan tidak semena-mena
akan terdorong untuk mencari keburukkan orang tersebut.
p/s: Muhasabah diri amat penting untuk kita menilai
dan memperbaiki diri. Smoga ada manfaat yang boleh diambil dari post kali ini.
Untuk pembaca dan diri saya sendiri. Saya bukan seorang yang sempurna, bukan
seorang insan yang baik. Tapi saya seorang insan yang sentiasa cuba untuk
memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.