Ini lambaian terakhir.
Dimana mimpi-mimpi semalam kan
berakhir.
Dimana hati yang baru kan
menumbuh.
Dimana segala kenangan tak dapat
diselamatkan lagi.
Dimana kisah cintaku kan
beterbangan pergi.
Semua akan mati.
Mana yang kembali mungkin yang
belum mati, cuma pergi.
Tapi yang ini aku pasti takkan
datang lagi.
Selamat tinggal 2013.
Jalan baik-baik.
Jaga-jaga! Sedang kau kendong
kisah ku yang berat!
Terima kasih untuk duri dan sakit
kau beri.
Terima kasih untuk air mata malam
hari.
Terima kasih untuk masa jatuh ku
kau masih mau bangunkan aku.
Terlalu banyak cerita.
Terlalu banyak pengajaran.
Tengok, aku sudah dewasa!
Terima kasih untuk
segala-galanya.
2014.
Aku enggan mencipta harapan.
Aku pasti jalan ku lalui nanti
kan diuji lagi.
Aku pasti ada duri dan sakit
lagi.
Aku tahu, dan aku sedia harungi.
Ya, aku sudah siap!
Sesetengah takdir memang tidak
akan kita ketahui apa maksud baiknya.
Itulah iman.
Perlu sentiasa bersangka baik
kepada Allah.
Mana mungkin seorang hamba tahu
semua maksud takdir Ilahi?
Yakini sahaja pasti ada kebaikan...
Semoga ada sinar bahagia dan senyuman di tahun 2014 ..
Amin..
i've got text msg! Take care..always love u..from:kekasih2 hati saya (kema,asyu,nad,ekin,sue, ona) |
i'm happy girl..be strong always nor :) |
Semoga ada sinar bahagia 2014.. Semoga istiqamah menjadi yg lebih solehah.. Semoga di murahkan rezeki n d pertemukan jodoh..amin.. |
No comments:
Post a Comment