Pernah ada yang
bertanya, " nor,kitak pun hantaran kelak mesti mahal kan?biasala pompuan
kinek tok,,,paling jaik hantaran pun RM 10,000..betul sik?”
Ada juga yang bertanya,
" siapa yang jadi bakal husband kitak kelak? Mesti kitak cari yang sama
bidang kan? Doktor,medical assistant, lab technician or radiographer kan?"
Semua soalan tu ku
sambut dengan senyuman sahaja…Senyum itu bukan tandanya aku mengiyakan atau
mempersetujui semua yang mereka tanya or katakan..Senyum itu menunjukkan aku
mengerti maksud mereka..Betapa stereotypingnya mereka menilai dirikudan wanita
lain yang sama sepertiku..Aku ingin menjadi seorang muslimah solehah..
Namun, ketahuilah duhai
bakal suami ku..
Cinta ku bukan untuk di
ukur dengan nilai ringgit mu.. Bukan juga dengan nilai emas permatamu.. Yang
aku perlukan cuma dirimu.. Yang ikhlas mencintai aku walau siapa pun diriku...
Aku tak pernah
meletakkan harga di atas diriku untuk kau miliki sebagai penghias pelamin
hidupmu...Malahan tidak jua di pihak ibu bapa ku.. Aku menyedari kekurangan
diri.. Tidak selayaknya aku bergandingan dengan mu sebagai permaisuri jiwa dan
dunia mu..
Tak perlu dikau
menyuntingku dengan gunungan emas, kilauan permata, bukuan wang ringgit... Namun
cukuplah sekadar sepasang telekung solat dan sejadah.. Yang bakal mengikat kita
dengan lebih erat lagi.. Bukan untuk keduniaan semata, namun yang utama adalah
akhirat sana... Bukan niat ku untuk menetapkan syaratnya sedangkan ku tahu
mahar itu wajib namun berlandaskan kemampuanmu.. Walaupun dikau mampu untuk
menyediakan aku istana, aku tetap memilih teratak usang yang dibina bersama.. Walaupun
dikau mampu menyediakan aku puluhan dayang yang membantu, mohon ku padamu,
izinkan aku berkhidmat kepadamu dengan tulang empat kerat ku..Walaupun dikau
mampu menyediakan aku sebuah kehidupan mewah, aku tetap memilih sederhana
bersamamu.. Maafkan aku andai aku menolak pemberianmu kelak.. Yang ku mahu cuma
sebuah cinta mu yang ikhlas mencintai ku kerana cinta Nya.. Bukan kerana aku
adalah aku yang kau puja..Kerana aku pasti akan meninggalkan mu di dunia.. Namun
akan ku nantikan kau di 'sana'...
Wahai kekasih...
Penat sudah aku lalui
kehidupan yang penuh dengan dugaan dan godaan ini... Penat sudah aku jalani
sebuah kehidupan yang berlandaskan kehendak fitrahku.. Sudikah dikau memimpin
tanganku, untuk ku berjalan seiringan dengan mu menuju ke jalanNya, sayang? Gusar
di hati mendesak daku meminta dikau menghadirkan diri sebagai yang halal buat
ku.. adakah keterlaluan permintaan ku ini demi menghalalkan segala rasa di
hati? Tak tertahan rindu yang mendesah.. Sayang yang terlimpah.. Kasih yang
tercurah.. dan impian yang menggugah..
p/s: setiap individu mempunyai sifat yang berbeza.. :)
No comments:
Post a Comment